Tuesday, November 25, 2008

Peluang untuk memilih....

Bila seseorang terjebak dalam suatu masalah atau keadaan yang menjepit diri, terkadang mereka menyalahkan nasib dan apa yang mereka miliki. Ada masanya saya mengakui saya turut berasa begitu. Tak adil sekiranyanya menyalahkan takdir (lagipun dah kira berdosa tu) Tapi bila fikiran kembali rasional barulah kita sedar, apa yang kita lakukan tu sebenarnya tak betul..dan mulahlah menyesal. Memang masa yang berlalu tak boleh berpatah kembali. kalau menyesal saja pun tak guna... Mungkin kita boleh berubah sikit demi sedikit dan dapat memperbaiki keadaan.

Apa yang saya katakan ni mengingatkan saya sebuah filem animasi yang baru saya tonton minggu lepas. Tajuknya 'Igor.' Pada mulanya rasa malas untuk menonton cerita ni, tapi memandangkan cerita ni yang paling cepat waktu tayangannya, saya pun beli jelah tiket.

Igor, tentang seorang manusia cacat yang dianggap jahat, hodoh dan bodoh (terukan bunyinya?)
Tapi dalam kisah ini Igor bersifat sebaliknya. Di sebuah negara yang bernama Malaria, Igor telah dibesarkan dalam persekitaran yang kucar-kacir dan tidak sihat. Awan gelap sentiasa menyelubungi negeri Malaria dan rakyatnya banyak yang mati dijangkiti Malaria.

Namun ketabahan Igor demi cita-citanya untuk menjadi seorang saintis (pereka) yang unggul memberikan semangat dan akhirnya dia berjaya menamatkan pengajiannya di sebuah kolej untuk golongan Igor sepertinya.

Sebaik tamat pengajiaan, Igor berkerja dengan Dr. Glickenstein seorang saintis gila yang sedang giat melakukan eksperimen untuk ciptaannya sempena pertandingan rekacipta robot pemusnah/ jahat tahunan. (dengar macam kelakar je kan?)


Igor yang berkerja sebagai pembantu Dr, Idor hanya berkerja sebagai penarik suis mesin. Biarpun begitu dalam masa yang sama secara sembunyi, Igor sedang mereka cipta sebuah robot jahat untuk menyertai pertandingan tahunan tersebut.(Kira si Igor ni nak lawn tauke lah)

Namun belum sempat Dr. menyertai pertandingan itu dia telah terbunuh ketika menjalankan eksperimenya (dah ajal..) Jadi Igorlah menggantikan tempatnya tanpa pengetahuan orang lain.
Dengan batuan Brain (lampu meja yang berotak) dan kucing (mayat hidup) hasil rekaanya, telah berjaya menyiapkan sebuah rasaksa perempuan yang bernama Eva (sebenarnya namanya Evil sebab direka untuk pertandingan rekacipta yang paling jahat) Tapi malangnya Igor yang baik hati ini, menyedari Eva sebenarnya tidak jahat malah minatnya adalah bernyanyi dan berlakon.

Raja negeri Malaria telah mengumumkan pertandingan akan berlangsung tidak lama lagi. Raja berharap Dr. Glickenstein akan menang. Namun rahsia kematian Dr. terbongkar. Seorang lagi saintis gila kuasa pula yang setiap tahun telah meraih tempat pertama berjaya menculik Eva dari Igor. Tanpa pengetahuan Dr Itu Eva sebenarnya bukanlah rasaksa jahat. Eva sememangnya dicipta untuk menjadi jahat dan kejahatanya itu hanya terjadi jika didorong.

Dipendekkan cerita, tibalah hari pertandingan. Namun Eva masih lagi seorang rasaksa yang comel dan manja. Atas desakkan saintis yang menculik Eva telah mengaktifkan kuasa jahat dalam tubuhnya lalu dengan kuasa hebat Eva telah berjaya memusnahkan ciptaan lain termasuk stadium tersebut!

Igor datang menyelamatkan Eva dan menyatakan keadaan sebenar. Ketika inilah kata-kata Igor membuat saya terusik.

" Biarpun kita dicipta dengan kejahatan, namun kita ada pilihan untuk tidak menjadi sebegitu"
Macam tulah kata Igor....

Kita yang dilahirkan dari keturunan yang baik-baik juga ada pilihan untuk terus menyambung warisan itu atau sebaiknya...

5 comments:

benuasuluk said...

Buatlah resensi yang sediit ilmiah, hantar ke dewan budaya ke. Baru best. Ni bagi galakan tau.

Diari Kampung Tengah said...

Ok... terima kasih En.Wan

romibaiduri zahar said...

wah makin hebat nampak....
tahniah....
teruskan usaha awak....
chaiyok chaiyok....

romibaiduri zahar said...

Awak... novel dah habis...
maaf ek...
akak dh post artikel baru... bacala
jgn lupe komen....

czuka @ someboy said...

best lah cerita dia. tapi x da mas nak tengok filem. kalau dapat pun filem yang lama je. yang baru pun cerita madagastar.e