Tuesday, November 18, 2008

Orang Melayu?



Dalam sehari dua ni tiba-tiba saya asyik teringat kata seorang teman rapat saya. Menurutnya orang Melayu sekarang dah tak fasih berbahasa sendiri, ada pula yang saja-saja tak mahu bercakap Melayu. Saya terdiam sebentar, berfikir kembali dan sesekali mengangguk. Kemudian katanya lagi, Orang Melayu kini hanya sebilangan saja yang bercakap dalam bahasa ibunda. Saya sekali lagi terdiam kemudian membidas tegas. Kata saya itu mungkin tanggapan yang salah. Dia hanya diam dan tersenyum sinis.

Tapi… nak kata tidak apa yang rakan saya katakan pun tak boleh. Baru-baru ni saya ada menonton sebuah program tv. Seorang pengacara tv ini menemuramah sebuah keluarga Diraja. Si pengacara pun Orang Melayu, keluarga Diraja tu pun dah tentu-tentu Orang Melayu. Tapi dari awal hingga akhir temubual tak ada sepatah pun cakap Melayu. Kenapa? Kolot ke cakap Melayu? Alahai… tak hairanlah ramai Orang Melayu sekarang tak sedar diri bercakap Inggeris(konon rasa cam duduk negeri orang putih la tu)

Saya bukan anti bahasa Inggeris, saya sendiri juga belajar Bahasa Inggeris. Tapi sedarlah ruang dan tempat nak bercakap tu. Kadang-kadang bukan setakat sedih tapi dah tahap meluat melihat Orang Melayu yang lupa bahasa sendiri.

Minggu lepas pula, saya berjumpa seorang Wanita Melayu berusia akhir 30-an. Saya lebih selesa mengelarkanya ‘akak.’ Akak ni ada seorang anak berusia 11 tahun. Kata akak ni anaknya minat menulis (bagulah sekurang-kurangnya ada juga golongan mula berjinak-jinak dalam dunia penulisan) Akak ni pun tunjuklah beberapa novelet nukilan anaknya. Beberapa buku rampaian dan diari ditunjukkan kepada saya. Saya membaca dan menggalakkan anaknya terus menulis. Tapi yang kesalnya… semua tulisan budak 11 tahun ni dalam Bahasa Inggeris. Kata akak tu lagi, anaknya tak lancar menulis dalam Bahasa Melayu dan anaknya lebih senang dan mudah berbahasa Inggeris.

Akak tu juga mengakui anaknya kurang membaca bahan-bahan Bahasa Melayu. Mengetahui saya juga penulis dia menyatakan minatnya membaca novel-novel Melayu karya Ahadiat Akashah(Oh... tak hairanlah)

P/S: Mungkin saya ni dianggap kolot oleh segolongan Orang Melayu seperti ‘akak’ tadi. Biarlah apapun anggapan orang, yang penting saya sedar saya Orang Melayu dan yang paling penting saya selesa dengan bahasa yang saya gunakan. Melayu tak semestikanya berkain batik ke pusat membeli belah atau bertanjak dan berkeris ke pejabat:)

5 comments:

KISAH DIRI said...

Zahra nanti wajib belajar bahasa arab..Jiha lepas akak exam nanti kita pi lawat anak sedara kak Shy yer...Wah2 jadik wartawan dia.

benuasuluk said...

apa barang bahasa Melayu, tak grand ler, kak!

Diari Kampung Tengah said...

nak grand... dok Grand Canyon lah! Uhuks!

KISAH DIRI said...

Zahra nanti kena anto nun sekolah pondok..biaq dia rasa syurga neraka..uhuks, jiha lari topik plak...

donribwan said...

PUAN/CIK

....salam ziarah