Thursday, October 23, 2008

Bila ulat bulu naik daun...



Kalau nak difikirkan dalam dunia ni banyak perkara yang kita lakukan dan masih tak mencapai tahap kepuasan yang dikehendaki. Namun dalam keadaan yang lain kadang-kadang kita harus redha dengan apa yang kita dah lakukan. Yelah benda dah lepas nak buat apa nak ingat lagikan?


Tapi ada perkara yang kita masih tak dapat lupakan mungkin kerana lucu, sedih atau dendam. Antara peristiwa
yang saya tak dapat lupakan masa saya kerja Foto Zzoom Keramat. Masa tu tengah cuti semester kedua. Tengah pokai, jadi otak mulalah berfikir nak cari duit. Kebetulan pula kat kedai gambar tu ada kerja kosong. Sebenarnya kerja tu sepenuh masa, saya bertekad kerja sebulan je dan berhenti. Bukan nak buat masalah kat bos, tapi... dah terdesak dan kerja lama-lama pun tak boleh, nanti menganggu kelas pula (maaf ye Kak Wati...)

Masa mula-mula kerja memang kekok, mana nak kena proses filem, kira stok, bersihkan kedai, ambil gambar dan layan pelanggan. Huh! Pening kepalo den!Paling malas nak ambil gambar. Bukan apa, jenis kamera tu polaroid kalau tersalah atau senget ambil gambar habislah! Jawablah dengan senior. Tapi yang paling letih sebenarnya layan karenah pelanggan. Macam-macam ada...

Ada pelanggan yang datang marah-marah sebab gambar dia crop. Padahal bukan terpotong kepala atau tangan, cuma bahagian kaki sikit je. Ada pula yang hari-hari datang situ sebab nak 'ngorat'. Saya? maaflah nak melayan... macam mana nak layan, tak layan pun dah cakap benda-benda lucah. Tapi ada kawan saya sorang ni asyik melayan je jantan tu.

Memanglah jenis kerja pakai kain singkat ni lelaki cukup suka kacau. Ada pula mamat ni hari-hari asal saya nak buka kedai mesti dia ada. Satu hari sebelum kedai nak buka, macam biasa la saya akan duduk depan kedai. Datang mamat ni buat-buat jatuh barang, lepas tu jeling-jeling kat skirt saya, celaka betul. Dah tu, masa petang pula saya diintai dalam tandas. Geram!

Tapi paling geram bercampur lawak bila ada seorang 'pak cik ni' datang kedai. Dia ni dah separuh abad sebaya dengan ayah saya, tapi gatalnya kalah miang buluh! Orang tu ni siap nak jemput saya balik, ajak makan dan yang paling geli nak ajak bercinta. Huh! memang tak sedar diri betul.

Sekali lagi saya buat tak tahu je... kalau makin dilayan makin menjadi. Tapi tak dilayan pun asyik telefon dan mesej saya. Yang kelakarnya tu mengaku bujang, padahal masa dia telefon tu dengar bunyi suara budak-budak. Dia sangkal kata tu budak sebelah rumah. Macamlah tak tahu kan?

(Tapi kalau dah tua bangka cam tu nak ngorat juga tak tau la...)


Tapi apa pun pengalaman kerja di foto Zzoom kadang-kala buat saya tersenyum sendiri. Di situlah saya dapat kenal peragai orang yang bermacam ragam. Elok-elok jadi orang nak jadi ulat bulu!




No comments: