Thursday, October 9, 2008

Apa? ASMARA?

Semasa saya mula-mula menutut di ASWARA (sesi 2005/2006) yang ketika itu masih dikenali sebagai Akademi Seni Kebangsaan (ASK) saya dan rakan-rakan cukup selesa dan gembira dengan nama ASK, kerana nama ASK lah kami memohon untuk sebagai pelajar diploma. Bila ada yang bertanya, “di mana belajar?” dengan mudah saya nyatakan “ASK” dan kemudian dibalas dengan jawapan “Oooo...,” tapi “Oooo..” tu pun ada dua jenis satu O, tahu yang apa yang dimaksudkan denganASK dan ada pula yang pura-pura tahu dan kemudian bertanya kepada saya semula, “ASK tu apa?” Tapi dengan mudah juga saya jelaskan, dan mereka yang bertanya akan mengangguk faham.



Saya rasakan sudah hampir 13 tahu nama ASK begitu serasi dengan peranannya sebagai institut pendidikan seni, namun pada 1 Ogos 2006 apabila ASK telah dinaik taraf sebagai universiti, nama ASK di tukar kepada Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan atau ASWARA (huh! Bukan main pajang lagi namanya) Saya dan rakan-rakan bukan tak suka, malah berbesar hati dan bertungkus lumus menjayakan perasmian kampus pada 9 April 2007. Hinggakan ada yang mengelarkan saya sebagai ‘gadis herba’ (termasuk tiga orang lagi sahabat yang turut terjebak sama) dek penangan bacaan puisi ala-ala kreatif dan artistik di celah rimbunan taman herba bagi menyambut kedatangan PM.



(Gadis-gadis herba)

Namun selelah ASK bertukar kepada ASWARA adalah banyak cerita-cerita dari rakan-rakan (ingat saya je yang kena) Cerita pasal orang menyindir dan mempersendakan nama ASWARA. Mula-mula sekali apabila saya dan rakan-rakan menyertai satu perhimpunan MAKUM sebuah IPTA di Bangi. Mulalah ada yang menggelarkan kami budak-budak ASMARA lah, ISWARA lah, ASMARADANA pun ada! Berbulu juga rasanya masa tu. Tapi... diam-diam sudah. Melayan pun tak guna. Ala... dia orang pun student juga, budak-budaklah katakan (padahal dah boleh jadi mak bapak budak)

Tapi ingatkan semua cerita tu akan berlalu selepas saya menamatkan pengajian, rupa-rupanya dah kerja pun masih ada lagi hal ini terjadi. Hinggalah satu hari ni (yang paling terkini) Tah macam mana hari tu hari ‘lemau’ saya kot, cakap pun banyak tersasul! Kebetulan pula masa tu sedang berurusan dengan seorang PR ni, habis saya disoal selidik. Tahlah saya pu tak tahu sama ada dia ni PR atau inspektor sebenarnya, hinggakan terjadinya perbualan ini;

PR: Kalau nak hantar surat tu, hantar terus ke e-mail saya ya?

++: Ehm...berapa e-mailnya? (padahal nak cakap apa e-mailnya)

PR: Ha? Berapa? Ish, ish ish... berapa ke, apa?

++: Berapa e-mailnya? (sekali lagi tersasul)

PR(meninggikan suara): Ha?

++: Maaf tersasul-sasul pulak. Apa e-mailnya?

PR: bla..bla... @ bla...bla.. . com. my

Dia pun bagilah e-mail tu. Ingat pastu dah habislah cerita, tiba-tiba dia pun tanya.

PR: Adik ni trainee staff ke?

++: Taklah.

PR (sinis) : Oh ye ke? Tapi sampai tersasul-sasul cakap ni kenapa? Ni dulu belajar kat mana?

++: ASWRA.

PR: Apa? ASMARA? (tergelak kecil)

++ ( macam nak bengang): ASWARA...

PR (sinis): Oh....


Seolah-olah PR tu nak cakap, “Oh... budak ASWARA, patutlah... tak pernah dengar pun.”

Selalu bila ada yang cakap macam tu saya ambil tak endah je, anggap sebagai satu gurauan. Tapi kalau selalu sangat macam mana? Mahu tak menyirap darah. Macam mana pula rasanya kalau saya pula mempersendakan akronim universiti mereka. Ha! Bukan macam-macam bunyi yang pelik juga menyakitkan telinga akan keluar?

Bak kata pepatah, tak ada meriam,baik diam; tak ada lela, melela.

P/s: Manusia tak lari dari kesilapan, tapi bila tak tau....
diam-diam sudah....

No comments: