Sunday, August 17, 2008

Rasa sendiri baru tahu...

Memang semasa menuntut dulu, pensyarah selalu kata yang wartawan selalu mengangkat sesebuah karya walaupun ia sebuah karya yang boleh dikatakan picisan (dan sekarang baru aku rasa). Contohnya paling mudah, kisah seram arahan pengarah muda (lelaki) yang kononnya filem tersebut telah berjaya menembusi pasaran Philippine. Dia juga anak seoarang pelakon wanita yang dahulu sering berlakon dalam sitcom Pi mai Pi mai Tang tu dengan memegang watak 'Mak Ngah' (tau-tau sendirilah siapa pengarah muda tu) . Cerita yang dikatakan seram itu seakan (memang pun) telah hilang kosmologi Melayu. Tetapi wartawan yang menulis artikel cerita tu... bukan main kipas pengarang yang merangkap penulis tu! Huh!
Baru-baru ni pulak, 12hb Ogos lalu aku telah berkesempatan untuk menonton pelancaran VCD & DVD Telemovie 'Putar Alam' arahan Harun Salim Bachik. Aku pun jadi hairan wartawan-wartawan yang hadir semuanya memuji cerita itu, walhal ceritanya betul-betul buat aku 'pusing kepala.' Jalan cerita yang berbelit-belit (mungkinlah sebab nama cerita tu 'Putar Alam') dan ditambah pula dengan leteran diaolog yang terlalu 'bermesej.' Bukankah telefilem adalah visual? Buat apa dialong yang terlalu mengajar penonton? Adakah penonton di Malaysia masih kurang cerdik?
Seperti dialog watak utamanya (lebih kurang macam nilah) "Kalau kita tak menindas kita ditindas. Ini KL kalau nak cari makan kena pandailah membelit sebelum dibelit." Walhal watak yang menyatakan dialog ini ( Jeff ) sudah pun menunjukan perlakuan dialog itu.
Selain itu ada beberapa dialog yang tidak 'punch' dan meleret-leret hingga menimbulkan rasa kurang lucu. Contohnya apabila watak Azrai yang konon-kononya terlupa perpatah Melayu
" Ha! Barulah buku kena buku dengan...dengan..." dan pengikutnya menjawab "Baru kena buku dengan pen." Sememangnya dialog ini lucu, namun kelucuan itu seakan mati disebabkan babak sebelum ini sudah terlalu banyak Azrai terlupa perpatah.
Namun siapalah yang mahu mendengar suara yang kecil ini, wartawan yang menyukai lebih banyak daripada yang tidak menyukai cerita ini (aku sorang je kot!)
Sampai di sini dahulu. Ada kesempatan tengoklah cerita 'Putar Alam' yang menghiburkan dengan lawak erotisnya . Oppss!

1 comment:

Bikash Nur Idris said...

salam. dah ada blog... :)