Lama sunggu rasanya tak menulis blog ni. Naik nak bersawang dah... mana taknya entri akhir masa 'beday' aku. Pastu masa tengah sarat terus sampai bersalin dah tak tulis dah. Maklumlah susah sikit nk menulis sejak-sejak jadi ibu ni.
Dah lama tak menulis otak pun cam bersawang gak. Kena cerdaskan semula otak dan displinkan diri untuk mula menulis. Yelah sejak jadi suri rumah ni kena bahagikan masa antara anak, suami dan masa untuk diri sendiri. uhuk uhuk uhuk.
Apa pun sekarang kehidupan aku bertambah sempurna dan bahagia dengan kehadiran putera sulongku Hadiff Mujahid. Ibu sayang kamu!
Diari 929
rakaman titian hidupku....
Monday, November 21, 2011
Wednesday, June 15, 2011
16 Jun 2011, aku dia dan si kecil :)
![]() |
| Happy B'day to me he3 |
Diam tak diam, ketika aku menulis entri ni... 1 jam 30 minit lagi genap la umurku 24 tahun.
Hari lahir kali ini paling bermakna sebab aku dapat sambut dengan suami dan baby walaupun masih dalam perut... XD
![]() | |
| dia dah 31 minggu! |
Sekarang ni dah 31 minggu aku membawa si kecil ni dalam rahimku... maknanya dah nak masuk 8 bulan. Wah! cam tak percaya cepatnya masa berlalu! Dia pun dah semakin aktif sampai senak aku dibuatnya... tidur malam pun tak leh nyenyak lagi. hu3 Apa pun aku harap aku selamat melahirkan sekecil ni dan kami semakin bahagia. Amin....
Monday, May 30, 2011
Bila mak buyung jatuh longkang -__-
Bunyi memang macam kelakar, tapi itulah hakikatnya aku... aku jatuh longkang. Adeh! Peristiwa ni berlaku pada Ahad lepas (29/5/2011) waktu malam depan rumah abah.
Mungkin akibat keletihan sangat lepas balik bercuti, tah macam mana aku boleh terpijak longkang yang penutup besinya dah patah. Padahal bukan tak tau longkang tu memang dah patah besinya. Nasib tak baik kan apa nak kata....
Waktu terjatuh tu memang terkejut. Suami aku pun terkejut sebab tengok-tengok aku dah ilang.
Lutut aku luka dan lebam, peha pun lebam jugak, calar-calar pada kaki pulak memang pedih. Suami aku nampak sangat risau, puas dia membelek kakiku dan menyapu minyak gamat dan tuam dengan ais. Lepas tu dia sibuk pulak belek perut aku, tepuk-tepuk baby supaya gerak.
"Baby gerak tak," suami aku tanya.
"Tak." Jawabku.
"Mungkin baby terkejut kot."
Tapi agak lama lepas tu baby ada respon sikit.
Memadangkan dah dekat pukut 10 malam. Kami ambil keputusan pergi hospital di Bangi sahaja. Sebab kalau nak pergi klinik swasta semuanya dah tutup. Suami aku pun membawa kereta dengan kadar yang agak laju.
Jumpa sahaja doktor, doktor buat scan. Aku nampak baby, jantungnya masih berdenyut. huh! Lega kami. Doktor kata kalau baby tu mula bergerak maknanya dia ok. Tapi mungkin disebabkan perasaan takut pergerakkan baby tidak terasa. kat doc lagi kalau baby tak terasa bergerak cuba 'kacau' bayi tolak sisi perut sampai dia bergerak.
![]() |
| Macam ni kot rupa si kecikku syg dlm perut :) |
Alhamdulillah.... tak ada pendarahan. Doktor suruh balik dan berehat sahaja. Tapi kata doc kalau ada pendarahan kena cepat-cepat datang hospital. Disebabkan kejadian tu doktor bagi MC kat aku suruh berehat di rumah.
Doc ada juga cakap kadang-kadang wanita hamil yang jatuh boleh mempercepatkan due bersalin. :O (Minta2 la baby lahir cukup bulan)
*Sudah 29 minggu (7 bulan), tinggal 11 minggu untuk tengok wajah si kecilku. Gembira sebab dah tau jantina dia :)
Wednesday, May 25, 2011
Rumah diserang Kutu!
Pada entri yang lepas-lepas aku pernah cerita pasal rumah aku yang kena serang pijat. Ya! Sebenarnya ia bukan pijat. Binatang yang gigit aku sampai gatal dan kemerahan satu badan itu sebenarnya adalah KUTU.
![]() |
| Bayangkan kesan gigitan ni satu badan. Memang derita gatalnya! |
Ya kutu binatang! Menurut sumber yang diberitahu oleh pak cik google kutu yang menyerang rumah biasanya datang daripada anjing atau kucing. Memang sah! Rumah aku tu banyak sangat kucing liar yang berkeliaran. Adus....!
Kali ni dah masuk kali ke-3 serangan makhluk kecil tu. Membuatkan aku dan suami bengang tahap ****
Dah macam-macam cara kami guna nak bunuh binatang tu... pakai racun, serai wangi dan lain-lain yang dikatakan efektif, tapi semuanya hampeh!
Jadi bagi sesiapa yang mengalami keadaan ni aku bagi tip macam mana nak kenal kutu binatang atau fleas ni.
Kutu bintang / animal fleas
1. Pijat berbau busuk - kutu tak.
2. Pijak badan leper, merayap- kutu merayap dan MELOMPAT.
3. Kutu apabila MENGGIGIT terasa PANAS lepas tu gatal2.
4.Pijat hanya menggigit pada waktu malam atau tempat gelap- kutu menggigit TAK MENGIRA MASA.
5. Rupa kutu bintang ni LEBIH KECIL DARI KUTU BERAS.
Cara mengatasinya.
Memang susah nak bagi bintang ni mati. Kalau sembur pakai racun seranggan macam baygon tu pun di pergi kejap ke pastu datang balik. Tapi ia boleh dikurangkan dengan beberapa cara iaitu:
- Bersihkan selalu rumah, sapu dan mop. Mop aku pakai cecair serai wangi untuk halau serangga.
- Vakum tempat yang biasanya kutu bersembunyi macam karpet, tikar, tilam sofa dan lain-lain.
- Tukar cadar, pakaian atau fabrik yang disyaki dijangkiti kutu.
- Semburkan dengan BAYGON dan tutup rumah.
Kalau pakai cap lain kutu tu wat bodo je siap leh menari2 lagi.Biarkan 2 jam atau lebih. Lebih baik korang keluar rumah masa tu. - Pastikan kalau ada bela kucing, kucing tu dimandikan dengan UBAT KUTU selalu.
- Kalau dah digigit dengan teruk pakailan ubat salap EUREX dan MINYAK CAP KAPAK untuk melegakannya. Cap lain kurang efektif terutamnya orang kulit alah cam aku ni.
- Kalau teruk sangat makan ubat alahan. Aku makan Allersin-F yang boleh untuk orang pregnant cam aku makan. Boleh juga makan ubat gatal dan bengkak.Paling baik jumpa doktor.
- Mandi pakailah sabun antisaptik cam DETTOL dan PROTEX.
- Boleh juga masa mandi tu bilasan terakhir dengan air campuran DETTOL bagi mengelakkan jangkitan pada kulit. Sebab kebiasaannya kegatalan kutu digaru sampai luka yang boleh menyebabkan jangkitan kuman.
- Ada juga racun khas untuk kutu ni namanya BOMB FLEAS tapi tak ada kat Malaysia. hu3
Itulah antara langkah-langkah yang aku dah cuba. Tapi tadi aku baru tengok kat YOU TUBE pasal cara-cara nak bunuh kutu ni. Antaranya MENGGUNAKAN GARAM dan kat situ juga ada beberapa link cara-cara untuk membunuh kutu ni daripada telur hingga ke dewasa.
![]() |
| Cuba pakai garamlah lagi murah :) |
Malam ni aku dan suami nak buat operasi membunuh kutu secara besar-besaran. Hayak!!!!
Tapi kalau tak ok gak aku terpaksa la telefon pest control! huWaaaa!
Sunday, May 15, 2011
Tidak layak prejudis!
Entah.... bila difikirkan semula tiba-tiba aku jadi sedih dan terus menangis, tapi apa kena mengena hal itu dengan aku? Itulah yang aku rasakan sekarang. Mengenangkan sejarah silam hitam seseorang menjadikan aku begitu sensitif.
Aku yang muram sejak kebelakangan ini dan cuba berkongsi rasa dengan seorang sahabatku, jawapan yang diberikannya ringkas.
"Kau ni pembawakan budak... sebab tu kau sensitif sangat. Jangan ambil pusinglah hal orang, bukan ada kena mengena dengan kau. Mengapa kau pula bersedih?"
Ya! Benar kata sahabatku itu. Tapi di hati kecilku ini berkali-kali katakan rasa bersalah dan sedih. Sejak aku kenali 'dia' yang lebih mudah aku namakan sebagai 'Mawar Putih,' aku memang ingin mengenalinya dan dekatinya. Namun setiap kali aku mahu mendekati dan mahu memahami isi hatinya, dia seolah-olah menyepikan diri dan bertindak seperti tidak sukakan aku. Dia seakan memegang sebuah kunci 'pintu rahsia.'
Di kaca mataku dia cukup sempurna. Mempunyai keluarga bahagia, ibu yang menyayang dan suka mendengar cerita. Tambahah pula aku ketahui dia seorang pelajar pintar dan berpendidikan tinggi. Dia sentiasa mendapat sokongan kuat daripada ibu ayah dan keluarga yang selalu menyayanginya. Ah... alangkah bahagianya. Ya! Memang aku cemburu, kerna persaaan itu tak pernah lari daripada naluri manusia seperti aku.
Perwatakan aku dan dia berbeza, dia lemah lembut, penuh santun dengan sifat kemelayuan. Apabila dia menceritakan tentang kisah ibunya yang pandai memasak dan melayaninya apabila pulang ke kampung, aku mendengarkannya hanya tersenyum tapi di dalam hatiku terasa pilu.
Aku pernah bertanya kepada suamiku, pada ketika itu kami masih berpacaran lagi.
"Kenapa saya tak macam orang lain, selalu rasa bahagia? Ada sahaja masalah yang mendatang..."
"Awak tahu ke orang lain tak ada masalah? Adakah orang lain rasa selalu bahagia? Tak kan mereka nak cerita semuanya....." jawabnya ringkas tapi penuh bermakna.
Bulan lepas pula aku bertanya lagi kepada suamiku.....
"Abang kalau orang tak suka kita.... kita dapat rasa kan?"
"Kadang-kadang ya, tapi selalunya tidak. Sebab kalau kita lemah dan terpengaruh godaan syaitan, dia akan memanipulasi kita supaya terpedaya.
Aku termenung lagi mendengar kata-kata suaminya, namun masih tidak mahu menelan apa yang dikatakan bulat-bulat.
Allah S.W.T sememangnya maha adil, maha pemurah dan maha mengetahui. Segala gelojak hatiku yang bersarang tentang Mawar Putih telahku kuketahui. Mengapa dia bersikap dingin dan pendiam denganku.
Ya! Kerana sejarah silamnya. Mungkin dia masih tidak mengetahui apa yang aku ketahui tentang dirinya kini. Tapi aku tidak pernah memadang rendah padanya, malahan menghormati keputusanya dan kagum dengan keberanian dan ketabahanya.
Benarlah kata-kata suamiku, kini aku menerimanya dengan rasa terbuka. Cuma aku dapat rasakan kini Mawar Putih terlalu menganggap dirinya bersalah malah menghukum diri dengan tindakkannya sebegitu.
Satu hari nanti apabila dia tahu aku mengetahui tentang sejarahnya itu, hanya yang aku ingin katanya bahawa, kita bukan manusia maksum dan tidak lepas dari melakukan kesilapan. Pengalaman adalah guru terbaik dalam kehidupan. Jadi janganlah jadikan ia pesimis dalam diri, malah jadikan azimat tangkal sepanjang hidupmu.
P/s: Terkadang berasa kecewa dengan sesetengah pihak yang bersikap terlalu menghukum dan prejudis!

Thursday, April 28, 2011
Family day di Tambun & Pesta Buku Antarabangsa 2011.
Hujung minggu lepas dan awal minggu ini ada dua agenda menarik telah aku sertai pertama Family day seksyen suamiku di Lost World Of Tambun ( 23/4/11) dan kunjungan ke Pesta Buku Antarabangsa 2011 (25/4/2011) di PWTC.
Di Tambun memang seronok sebab dah lama rasanya tak pergi beriadah. Tambahan pula rakan-rakan pejabat laki aku yang sempoi habis sampai lupa yang aku ni membawak perut dan tak sedar diri join game. Jom layan gambar-gambar ni. he3
| Dalam perjalanan ke Ipoh. |
![]() | ||||
| Gambar beramai2 |
![]() |
| Kat tgh tu aku, jd Mumia h3 |
![]() |
| Memang mengah tiup belon ni hu3 |
![]() |
| Birunya.... |
Di Pesta buku Antarabangsa pula, pergi atas urusan kerja. Apa lagi sambil menyelam minum air la yea.... Yang pastinya saya sempat rembat dua majalah antara satunya Tunas Cipta Mac 2011 yang ada artikel dan gambar kacak En.Ridzuan Harun.
| Bersiap2 sblm pergi. Sblah tu pegawai penerbitan VIC |
| bagus utk anak2 |
| ^___^ |
![]() |
| Mai beli murah2 |
| Buku ni sgt bgus, tp poket sy tgh kempis hu3 |
| Tetiba jumpa kwn lama Misha, layan jelah..... |
![]() |
| Adeh sakit kaki, dah mau pulang...... |
p/s: Kebanyakan baju dah makin sendat kat perut T_T
Friday, April 22, 2011
14 April itu datang lagi.
Assalamualaikum....
Hai, apa khabar sahabat semua. Sihat? Aku? Cam ginilah sihat-sihat mak buyung.
Beberapa hari lepas minggu lepas sebenarnya adalah tanggal lahir suamiku yang dicintai 14 April. Tahun ni genaplah usianya 27 tahun. he3 abangku dah makin tua
Semenjak 6 tahun aku mengenalinya, tarikh ini pasti tak aku lupakan. Biarpun sekadar bingkisan kecil yang dihadiahkan kepadanya, dia pasti tersenyum dah gembira.
Sebelum tanggal lahirnya aku puas juga memikirkan hadiah apa yang nak diberikan kepadanya. Kalau orang perempuan memang mudah mencari hadiah. Tapi lelaki ni susah sikit.
Akhirnya aku memutuskan memberikannya sebuah jam tangan. Ehm... dia memang sangat memerlukan jam tangan memadangkan dia memang seorang yang sibuk.
Seperti tahun tahun yang lepas juga. Dia tersenyum dan gembira biarpun jam itu bukannya sebuah jam yang mewah.
Sekali lagi selamat hari lahir diucapkan untuk suami yang paling dikasihi. Semoga hubungan kita bertambah bahagia dan dimurahkan rezeki dengan kehadiran cahaya mata ini. Amin....
Hai, apa khabar sahabat semua. Sihat? Aku? Cam ginilah sihat-sihat mak buyung.
Beberapa hari lepas
Semenjak 6 tahun aku mengenalinya, tarikh ini pasti tak aku lupakan. Biarpun sekadar bingkisan kecil yang dihadiahkan kepadanya, dia pasti tersenyum dah gembira.
Sebelum tanggal lahirnya aku puas juga memikirkan hadiah apa yang nak diberikan kepadanya. Kalau orang perempuan memang mudah mencari hadiah. Tapi lelaki ni susah sikit.
Akhirnya aku memutuskan memberikannya sebuah jam tangan. Ehm... dia memang sangat memerlukan jam tangan memadangkan dia memang seorang yang sibuk.
Seperti tahun tahun yang lepas juga. Dia tersenyum dan gembira biarpun jam itu bukannya sebuah jam yang mewah.
Sekali lagi selamat hari lahir diucapkan untuk suami yang paling dikasihi. Semoga hubungan kita bertambah bahagia dan dimurahkan rezeki dengan kehadiran cahaya mata ini. Amin....
Subscribe to:
Posts (Atom)